More

    Video Kanak-Kanak Parkir Lori Tangki Minyak Pula Tular

    Kalau di Rembau, ada budak lelaki berusia sembilan tahun didapati boleh membawa kereta, kini muncul pula seorang lagi kanak-kanak dirakam ketika memandu sebuah lori tangki pula.

    Sejak akhir-akhir ini makin tular video yang menunjukkan kanak-kanak bawah umur memandu kenderaan yang saiznya lebih besar dari mereka yang sepatutnya tidak boleh dilakukan dan menyalahi undang-undang.

    Kejadian terbaru dikatakan berlaku di Seremban dan kanak-kanak ini memandu lori berkenaan untuk memarkirnya dan dia jelas nampak begitu pandai memandu lori berkenaan. Video itu juga membuktikan yang kanak-kanak itu bukan sekali pernah memandu kenderaan itu.

    BACA JUGA – Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Bagi Rakyat Malaysia Yang Bekerja Di Singapura

    Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Ibrahim berkata pihak polis kini sedang mengesan bapa dan kanak-kanak itu untuk membantu siasatan.

    “Hasil semakan lanjut mendapati kejadian tersebut adalah berlaku di kawasan Rantau, Seremban.

    “Oleh yang demikian, satu laporan polis telah diterima berkait video yang tular itu kerana bapa kanak-kanak tersebut dengan cuai membiarkan anak bawah umur memandu lori treler,” katanya.

    Siasatan masih diteruskan di bawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

    Sementara itu, ada satu lagi video sama tetapi melibatkan budak berusia 12 tahun memandu lori kontena syarikat pengangkutan Tanjong Ex dan ia dirakam video.

    Video seorang budak lagi berusia 12 tahun dan memandu lori kontena Tanjong Ex yang dimuatnaik pada bulan lepas tapi tidak tular kerana mungkin netizen terlepas pandang.

    Ia dipercayai tular bulan lepas lebih awal dari dua video yang tular baru-baru ini.

    Walaupun mereka nampak seperti pandai dan arif mengawal kenderaan tetapi ia tetap berbahaya kerana mereka masih kanak-kanak dan menyalahi undang-undang.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini