Video : Cubaan Warga Myanmar Cuba Bolosi Kawad Berduri Gagal

Tindakan dua individu dipercayai warga Myanmar yang cuba membolosi pagar berduri yang yang dipasang di Kawasan PKPD Selayang baru, Gombak gagal malah turut cedera selepas terjatuh.

Menerusi video yang tular di Media Sosial itu dikatakan individu berkenaan telah memanjat pagar kawat berduri yang dipasang lalu tersangkut dan rakannya itu cuba untuk membantunya keluar dari gulungan kawad besi berkenaan namun ternyata usahanya itu gagal.

Video yang dirakam di dalam keadaan hujan itu dipercayai dirakam di kawasan PKPD Selayang Baru, Gombak.

Baru-baru ini juga media melaporkan Polis telah menahan seorang lelaki dipercayai warga asing yang cuba melarikan diri dari kawasan Pasar Borong Selayang di sini yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, lelaki berusia 40-an itu dikatakan telah memanjat pagar kawat berduri yang dipasang dan keluar ke jalan raya untuk melarikan diri.

Pemberita Bernama yang berada di lokasi kejadian melihat suspek melintas jalan raya dan hampir dilanggar sebuah kenderaan sebelum ditahan anggota polis dan tentera.

Pemandu teksi yang berada di kawasan itu mengaku yang ada warga asing cuba melarikan diri dari kawasan itu sejak semalam, malah mereka dengan berani memotong kawat berduri yang dipasang untuk keluar.

BBerkaitan

Latest articles