Veteren UMNO Ingatkan Pemimpin Tak Salah Guna Media Untuk Serang Sesama Sendiri, Jadikan Kes Isham Sebagai Iktibar

KUALA LUMPUR: Veteren UMNO sebelum ini telah memberi peringatan kepada seluruh pimpinan dan ahli parti supaya tidak menyalah gunakan media untuk menyerang sesama sendiri.

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, hli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) juga terikat dengan sumpah kerahsiaan dan mesyuarat MKT adalah tempat terbaik untuk berhujah dan bertengkar.

“Mereka boleh bertumbuk kalau mahu. Tapi bukan cabar mencabar di luar gelanggang.

“Malangnya teguran Veteran UMNO tidak dipedulikan. Mereka degil. Mereka rasa mereka pandai dan bijak kerana mereka MKT,” jelasnya.

Mengulas mengenai pemecatan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Isham Jalil perlu dijadikan iktibar oleh semua pihak dalam parti.

Beliau menyifatkan, tindakan itu diambil demi kelangsungan UMNO dan tiada individu yang sepatutnya menganggap dirinya lebih penting daripada parti.

“MKT hanya alat untuk mentadbir parti. Jangan sesekali terasa besar dan tinggi kerana menjadi MKT kerana penjawat hanya alat kepada parti,” katanya.

Malam kelmarin, MKT UMNO memecat Isham secara serta-merta selepas sering mengkritik parti secara terbuka termasuk keputusan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi pilihan raya.

Pada masa yang sama, Mustapha berpandangan, keputusan memecat Isham yang dianggap perkara biasa dalam demokrasi politik itu ada pro dan kontranya.

“Bagi penyokong orang yang dipecat mereka akan marahkan pucuk pimpinan parti. Bagi pembenci pucuk pimpinan mereka akan menggunakan peluang ini untuk membalun dan menyebar kebencian,” katanya.

Namun, beliau berkata, mereka yang memahami peraturan serta perlembagaan parti tetap menyokong tindakan itu.

BBerkaitan

Latest articles