More

    Veteran Tentera Janji Gulingkan Anwar PRU15

    Golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tekad menggulingkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

    Presiden Sekretariat KERABAT Kebangsaan, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar berkata mereka akan turut bekerjasama dengan pelbagai persatuan bekas tentera untuk menggagalkan sokongan terhadap Presiden PKR itu, sekaligus bersama-sama dengan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

    Tindakan itu diambil kerana kecewa dengan kegagalan Anwar membawa suara dan memperjuangkan nasib veteran ATM di Parlimen.

    “Kumpulan veteran yang menyokong beliau di Port Dickson (PD) telah ditaburkan janji luar biasa kononnya jika beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen PD. Hakikatnya janji hanya tinggal janji. Veteran kempunan dan terus terpinggir.

    “Suara Anwar dalam memperjuangkan untung nasib veteran langsung tidak kedengaran di Parlimen apa lagi menggubal dasar memperkasakan kebajikan veteran dan ATM.  Dia tokoh yang lebih ke arah mengaear cita-cita perbad dani disyorkan bersara dari arena politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Bukan itu sahaja, Ketua Pembangkang itu juga gagal menjadikan Port Dickson sebagai sebuah Bandar Raya Veteran seperti yang dijanjikannya sebelum ini.

    Mohd Nazari bersependapat dengan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini bahawa Anwar hanya mampu memberikan janji palsu semata-mata.

    “Kepada pimpinan ahli Parlimen (MP) terutama yang pernah bersahabat rapat dengan Anwar sepatutnya sudah disedarkan lama dengan kerenah otai politik putar alam ini,” katanya yang merupakan lawan Anwar ketika PRK Port Dickson dua tahun lalu.

    Bukan sahaja dalam kalangan veteren ATM, Mohd Nazari percaya kekecewaan terhadap Anwar turut dirasai seluruh rakyat di Port Dickson.

    “Saya mencabar Anwar akan kekal bertanding di Parlimen Port Dickson agar pengundi di PD yang majoritinya B40, nelayan dan orang kampung, pesara veteran dan anggota ATM boleh menghukum beliau yang kami level sebagai tokoh yang telah mungkir janji dan membazirkan wang rakyat kerana PRK Port Dickson lalu menggunakan dana kerajaan dan pendukung beliau telah menggunakan pelbagai aset kerajaan dalam kempen,” ujarnya.

    Menerusi PRK Port Dickson 13 Oktober 2018, Anwar memenangi undi majoriti 23,560 undi berbanding enam pencabarnya.

    Penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, yang menang pada PRU18 lalu bertindak mengosongkan kerusi itu pada 12 September 2018 bagi membolehkan Anwar kembali ke Dewan Rakyat.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini