KUALA LUMPUR: Mulai hari ini, semua ibu hamil warganegara Malaysia boleh menerima vaksin Tdap (Tetanus, Difteria, dan Pertussis) secara percuma di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyediakan perkhidmatan kesihatan ibu dan anak.
Sebelum ini, ibu hamil hanya diberikan vaksin tetanus sahaja.
Kini, dengan pengenalan vaksin Tdap, mereka akan turut dilindungi daripada tiga penyakit berbahaya – tetanus, difteria dan batuk kokol (pertussis).
📍 Di mana dapatkan vaksin?
➡ Di semua klinik kesihatan (fasiliti kesihatan primer KKM) yang menyediakan perkhidmatan ibu & anak.
Inisiatif ini diumumkan sempena Hari Imunisasi Kebangsaan 2025 yang bertemakan “Imunisasi untuk Semua, Ayuh Kita Jayakan.”
KKM turut menyeru agar:
✅ Semua ibu bapa memastikan anak-anak lengkap imunisasi mengikut jadual.
✅ Orang dewasa & warga emas turut mempertimbangkan imunisasi untuk perlindungan berterusan.
“Imunisasi adalah hak kesihatan asas untuk semua – dari dalam kandungan hingga ke usia emas,” tegas KKM.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi klinik kesihatan berhampiran atau layari laman web rasmi KKM.