Vaksin Influenza Percuma Untuk Warga Emas Mulai 18 Feb

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan bahawa warga emas berusia 60 tahun ke atas akan menerima vaksin influenza secara percuma bermula 18 Februari ini.

Langkah ini merupakan perluasan skop Program Imunisasi Influenza yang telah dilaksanakan sejak 2006 dan sebelum ini hanya menyasarkan petugas kesihatan barisan hadapan KKM.

“Program vaksinasi secara sukarela ini akan memanfaatkan lebih 170,000 warga emas berisiko tinggi dan selari dengan Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas (PTPKWE) 2023-2030 yang dilancarkan pada 1 Oktober 2024,” jelas KKM.

Pelaksanaan program ini bertujuan melindungi lebih ramai golongan berisiko tinggi daripada komplikasi serius akibat jangkitan influenza seperti pneumonia, radang jantung, dan sepsis, yang boleh membawa kepada kemasukan ke hospital atau kematian.

Janji temu bagi mendapatkan vaksin boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera mulai 14 Februari, tertakluk kepada status agihan vaksin yang akan dilaksanakan secara berfasa di seluruh negara.

BBerkaitan

Latest articles