Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan sidang Dewan Rakyat yang akan bermula esok sebagai ‘ujian pertama’ buat pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PM Cadang Usul Gantikan Speaker, Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Usul Pecat Speaker Dan Timbalan Tidak Bertentangan Dengan Perlembagaan
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang terbentuk sejak Februari lalu juga terpaksa dibubarkan sekiranya usul yang dibawa Perdana Menteri itu gagal.
UJIAN PERTAMA KERAJAAN TAN SRI MUHYIDDIN ESOK Berdasarkan aturan tempat duduk sidang 18 Mei lalu serta peralihan…
Gepostet von DR ASYRAF WAJDI DUSUKI am Sonntag, 12. Juli 2020
“Jika gagal, bermakna kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah tidak lagi memiliki legitimasi dan majoriti untuk meneruskan hayat pentadbiran yang ada.
“Maka kerajaan tiada pilihan lain melainkan mengadap Yang DiPertuan Agong untuk membubarkan parimen,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, malam ini.
Asyraf merujuk kepada empat usul yang dibawa Muhyiddin, iaitu menyingkirkan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai speaker dan menggantinya dengan Datuk Azhar Azizan Harun.
Selain itu usul menyingkirkan Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming sebagai timbalan speaker dan kemudian menggantikannya dengan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Dalam hantaran yang sama, Asyraf bagaimanapun menaruh harapan agar kerajaan PN dapat dipertahankan untuk memperjuangkan kepentingan rakyat.
Menerusi persidangan Dewan Rakyat sebelum ini pada Mei lalu, Muhyiddin mendapat sokongan 113 daripada 222 anggota Dewan Rakyat.
PN terdiri daripada BN, Bersatu, PAS, GPS, PBS, STAR dan kumpulan bekas timbalan presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Pakatan Harapan (PH) pula mempunyai sokongan daripada 91 ahli parlimen, manakala blok pembangkang kedua diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad memperolehi sokongan daripada Warisan dan PSB seramai 18 orang ahli parlimen.
Kedua-dua blok pembangkang berpendirian menentang pertukaran speaker dan timbalan speaker Dewan Rakyat.