More

    Ustaz Warga Yaman Puji Langkah Malaysia Tangani Covid-19 Sesuai Dengan Islam

    Selepas seorang doktor gigi Dr Dustin Pfundheller memuji cara dan langkah Malaysia memerangi wabak Covid-19, kini muncul sebuah lagi video yang berpendapat langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia adalah tepat dan berlandaskan Islam.

    Video berkenaan dari seorang warga Yemen yang kini menetap di Malaysia dan mengajar mengaji Al-Quran memuji dalam bahasa Arab dan menyifatkan Malaysia adalah sebuah negara yang mengambil tindakan secara amat bertanggungjawab.

    “Beginilah apabila sebuah negara menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh sedar, dan sesungguhnya kita perlu berterima kasih kepada pihak berkuasa keselamatan dan kesihatan di negara yang mulia ini yang telah menjalankan peranannya dengan sangat sempurna,” menurut Ustaz Sadeq Abdo Al-Amrani dalam videonya yang dimuatnaik di saluran Youtube Sepatah Dua.

    Beliau berkata kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin amat telus dan sentiasa memberikan perkembangan terkini jumlah jangkitan harian kepada rakyatnya.

    Perdana Menteri akan muncul di kaca televisyen pada kira-kira setiap 15 hari untuk memaklumkan perkembangan berkenaan secara langsung.

    “Antara yang positif ialah ketelusan kerajaan yang berterus terang kepada rakyatnya dan kepada dunia apabila mereka mengumumkan apa sahaja keadaan satu persatu.

    “Perdana Menteri akan keluar setiap 15 hari memberitahu situasi kesihatan dan langkah yang telah dibuat,” katanya.

    Berikut ialah terjemahan penuh video berkenaan dari Ustaz Zainal Abidin Abdul Rahim yang menjadi pengajar tentang makna Bahasa Arab dalam Solat melalui group Facebook Arab Solat.

    BACA JUGA  – Zakir Naik Puji Putrajaya Kota Islam Terbaik Di Dunia

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
    saudara yang dicintai sekalian.

    Saya akan berbicara mengenai bagaimana kerajaan Malaysia menguruskan pandemik covid19
    wabak ini menyerang banyak negara.

    Ada negara yang tidak lagi mampu menguruskan kesan wabaknya tetapi ada negara yang sebenar-benarnya telah menjalankan tanggungjawab dengan baik sekali.

    Negara yang telah mendepankan dirinya sendiri untuk membantu rakyatnya dan juga negara-negara lain dan menunjukkan yang dia mampu untuk mendepani sebarang musibah.

    Antara negara tersebut ialah Malaysia.

    Semua kita tahu malaysia terletak di asia tenggara. Kedudukan yang menjadikannya dekat dengan negara China yang merupakan titik tolak pertama wabak ini. Keadaan ini menjadikan rakyat Malaysia sedikit bimbang kerana kedudukannya yang dekat dengan negara China.

    Keadaan ini menjadikan Malaysia menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi dan telah meletakkan dirinya di hadapan semua dengan gambaran yang sangat cantik samada kepada rakyatnya atau kepada dunia.

    Negara Malaysia telah mula dengan menjalankan beberapa langkah.

    Antara langkahnya ialah yang pertama yang dinamakan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP. Maksudnya adalah supaya semua orang kekal berada dalam rumah masing-masing.

    Kedai-kedai ditutup, Organisasi ditutup, Syarikat ditutup, rumah-rumah ibadat sekolah ditutup dan banyak lagi langkah yang dijalankan sehinggalah semua orang berada dalam rumah mereka.

    Tidak keluar kecuali untuk kepentingan dan keperluan seperti membeli barang keperluan seperti makanan dan ubatan. Apabila mereka ke pasar-pasar tempat ini telah menyusun pengurusannya hanya sebilangan orang masuk sehinggalah sebilangan yang lain keluar
    begitulah beserta dengan alatan kebersihan dan mengukur tahap suhu badan.

    Kerajaan juga ada di segi-segi yang lain, tentera dengan kelengkapannya, begitu juga polis, begitu juga sektor kesihatan hosipital, pakar-pakar kita tahu ramai orang kehilangan pekerjaan mereka terutamanya yang bekerja kecil-kecilan dan perniagaan kecil dan sederhana (PKS).

    Kerajaan memberi wang tunai untuk menggantikan semua itu supaya mereka boleh tetap di rumah mereka dengan cukup
    dan tidak memerlukan yang lain. Ada juga daerah yang telah tersebarnya wabak ini dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

    Tidak boleh keluar atau masuk dan kerajaan sendiri menyediakan makanan dan keperluan untuk daerah-daerah ini supaya wabak di daerah-daerah ini boleh diatasi.

    Ada pihak memberikan barangan makanan asasi ke rumah-rumah orang yang berhak untuk mendapat bantuan ini sebagai tambahan kepda bantuan kewangan dan lain-lain kepada yang hilang pekerjaan.

    Antara yang positif ialah ketelusan kerajaan yang berterus terang kepada rakyatnya dan kepada dunia apabila mereka mengumumkan apa sahaja keadaan satu persatu. Perdana Menteri akan keluar setiap 15 hari memberitahu situasi kesihatan dan langkah yang telah dibuat.

    Langkah ini, beserta dengan kerjasama rakyat, dan sistem-sistem dalam organisasi di negara ini menyebabkan daripada jangkitan memuncak menjadi menurun dengan sangat besar dan segala puji bagi Allah.

    Maka jadilah malaysia antara negara yang berjaya mengatasi keadaan wabak ini dalam tempoh masa yang telah berlalu ini sekarang dalam fasa penyembuhan. Pergerakan mula kembali kepada situasi normal walaupun secara berperingkat.

    Pasar-pasar mula dibuka, pejabat kerajan juga mula bekerja.

    Beginilah apabila sebuah negara menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh sedar, dan sesungguhnya kita perlu berterima kasih kepada pihak berkuasa keselamatan dan kesihatan di negara yang mulia ini yang telah menjalankan peranannya dengan sangat sempurna.

    Manusia tinggal dalam suasana yang sangat tenang.

    Sebagai penutup saudaraku. Kita belajar satu pelajaran penting ialah kepentgingan sebuah negara. Betapa perlunya semua orang kepada sebuah negara yang betanggungjawab dengan baik kerana negara ialah seumpama ayah dan ibu yang menjaga dan membesarkan anaknya dalam aspek Malaysia rakyatnya.

    Jadi kami memohon kepada Allah untuk menjaga Malaysia, rakyatnya, dan seluruh manusia dan mengembalikan suasana kepada normal semula dengan izin-Nya. – TRI

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini