Usahawan Rugi, Tanggung Kerugian RM9.1 Juta Selepas Pembekal Gagal Sediakan Peralatan Perubatan

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat penyelidikan dan pembangunan sains perubatan mendakwa peruntukan pembelian bagi peralatan perubatan berjumlah diseleweng oleh sebuah syarikat pembekal dengan jumlah melebihi RM14 juta.

Pengarah syarikat yang beroperasi di Shah Alam itu berkata syarikat pembekal itu sepatutnya membekalkan 528,000 kotak Nitrile Examination Gloves berdasarkan dua kali invois pembayaran yang dikeluarkan oleh syarikatnya, yang bertarikh September dan Oktober 2020.

Menerusi satu laporan polis yang dilihat Therakyatinsight, syarikat pembekal seharusnya membekalkan peralatan perubatan berkenaan dalam tempoh 14 hari selepas pembayaran dilakukan.

Ini bermakna kesemua kotak yang dijanjikan pembekal kepada pembeli perlu diserahkan pada penghujung Oktober 2020 atau awal November 2020.

Bagaimanapun sehingga Januari 2021, pembekal hanya membekalkan 193,430 kotak Nitrile Examination Gloves kepada pembeli.

“Kegagalan pembekal membekalkan kesemua peralatan perubatan seperti yang dijanjikan mengikut tempoh yang ditetapkan menyebabkan syarikat menanggung kerugian berjumlah RM9.6 juta.

“Malah salah seorang individu bertanggungjawab mewakili pembekal menyedari kegagalan syarikatnya untuk membekalkan peralatan perubatan berkenaan dan bertindak memulangkan RM530,000 dari baki jumlah keseluruhan peruntukan kepada pembeli pada Februari 2021,” demikian menurut laporan dibuat pengarah syarikat pembeli.

Malah pengarah syarikat pembeli itu juga didakwa berjanji memulangkan baki lebih RM9.1 juta dalam tempoh tujuh hari menerusi surat Jaminan Peribadi kepada syarikatnya.

Namun sehingga tarikh laporan dibuat pada 9 Julai 2021, pembekal terus gagal melunaskan baki bayaran.

Melalui laporan polis yang sama juga, syarikat pembeli turut melaporkan berkenaan penyelewengan peruntukan bagi kali kedua oleh pembekal yang sama dengan jumlah RM3.5 juta, berhubung pembelian Nitrile Examination Gloves.

Pengarah syarikat pembeli itu juga percaya dengan maklumat sumber daripada bekas kakitangan syarikat pembekal bahawa wujud dua individu di syarikat itu yang sengaja menyeleweng peruntukan pembeli untuk kepentingan peribadi, termasuk aktiviti pengubahan wang haram.

“Saya menggesa pihak polis membekukan segala aktiviti akaun bank syarikat pembekal, begitu juga dengan dua individu yang dikaitkan dengan syarikat ini atas alasan dakwaan yang dibuat dalam laporan polis ini, sehinggalah tiada bukti yang mengaitkan mereka dengan penipuan, penyelewengan dan pengubahan wang haram.

“Saya juga menggesa PDRM menyita kenderaan peribadi mewah milik dua individu dari syarikat pembekal berkenaan, termasuk kenderaan syarikat, kerana khuatir mereka akan menyembunyikan atau menjualnya demi melindungi diri,” kata pengarah syarikat pembeli itu.

BBerkaitan

Latest articles