Usah Wujudkan Kekeliruan Orang Ramai Dengan Perbuatan Suka Melabel, Hadi Diberitahu

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar mengingatkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan, terutama dalam melabel sesetengah pihak yamg tidak senada dengannya.

Ini merujuk kepada tindakan Hadi melabel kerajaan sebagai munafik dalam kaedah urus tadbir negara, menerusi Minda Presiden PAS semalam bertajuk “cara golongan munafik menentang islam diikuti Israel dan PH” amat keterlaluan.

“Sesungguhnya perbuatan memberi label sedemikian amat mendukacitakan kerana ia boleh mewujudkan kekeliruan dalam kefahaman masyarakat dan menimbulkan bibit-bibit perpecahan serta permusuhan agama antara sesama umat Islam,” katanya dalam kenyataan.

Semal, Ahli Parlimen Marang itu mendakwa PKR sebagai parti minoriti kini memimpin “kerajaan boneka pragmatik liberal”, iaitu sama seperti Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang mencapai keputusan minoriti diberikan hak bagi menubuhkan kerajaan dengan sokongan Israel dan Amerika Syarikat (AS).

Sehubungan itu, Mohd Na’im mengingatkan umat Islam supaya tidak terjebak dengan usaha melabel oleh sesetengah individu dan pemimpin politik kerana berbahaya serta menyalahi hukum syarak.

“Seluruh umat Islam dinasihatkan menghayati nilai ajaran agama yang melarang perbuatan menuduh seseorang Muslim yang lain dengan gelaran kafir, fasik atau munafik tanpa bersandarkan kepada bukti dan hujah kukuh,” katanya.

Beliau turut menggesa pemimpin politik lebih bertanggungjawab dalam memelihara keutuhan perpaduan ummah serta membudayakan adab meskipun berbeza pendapat menerusi dialog dan perbincangan secara harmoni.

“Ia bagi meleraikan sebarang perbedaan dalam kaedah dan pendekatan urustadbir kenegaraan semasa,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles