Usah Ulangi Kegagalan Pentadbiran PH Dalam PRN Johor Akan Datang

PONTIAN: Ekonomi negeri dan rakyatnya menerima kesan buruk akibat kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mentadbir Johor selama 22 bulan sebelum ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Hasni Mohamad berkata, kerugian yang ditanggung negeri dan rakyatnya berpunca daripada Menteri Besar yang tidak berpengalaman dan gagal mengurus kerajaan negeri.

Malah kerajaan PH Johor sebelum ini adalah pembuat dasar yang lemah dan tidak mempunyai keberanian dalam mengemukakan pelan pembangunan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

“Johor sepatutnya menjadi negeri yang maju dan ke hadapan kerana berjiran dengan negara yang lebih maju namun terhenti apabila 22 bulan pertama tiada ada hala tuju yang jelas selain daripada bisnes sahaja.

“Itu bukan Johor yang selama ini diusahakan dan kita perlu mandat rakyat agar kerajaan yang kuat dapat dibentuk. Kita perlu letakkan Johor pada landasan sebenar.

“PH sebelum ini menampilkan MB yang tidak ada pengelaman dan kena dibimbing oleh Setiausaha Kerajaan Negeru hingga menjadi pembuat dasar yang takut,” katanya ketika berucap merasmikan Program Ceramah Bangsa & Melancarkan Antologi Puisi di Rumah Citra Sri Pinang, hari ini.

Sehubungan itu Hasni mengingatkan rakyat Johor tidak tersalah membuat pilihan pada 12 Mac akan datang, demi mengembalikan semula kerancakan dan kemajuan ekonomi negeri demi keuntungn rakyat.

“Jika jantung terhenti habislah. Maka kita perlu perkukuh DUN untuk buat dasar kerana Johor adalah pintu masuk paling sibuk di dunia.

“Namun kini Johor tidak lagi bergemerlapan selepas 22 bulan di bawah PH dan tidak bersinar serta tidak menjadi pilihan pilihan pelabur.

“Sampai bila Johor perlu jadi negeri biasa-biasa sebaliknya negeri ini perlu di hadapan. Jadi 12 Mac nanti, pengundi jangan silap buat keputusan kerana lagi 10 tahun pun Johor tidak akan kembali seperti dahulu,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles