Usah Terpedaya Dengan Ramalan, Kes COVID-19 Di M’sia Mampu Berkurang Jika Semua Bekerjasama

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menggesa seluruh rakyat Malaysia saling bekerjasama dan patuh dengan norma baru bagi menurunkan bilangan kes baru COVID-19.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ramalan Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME), Amerika Syarikat yang mengunjurkan kes harian baharu akan mencecah 20,000 jangkitan setiap hari bermula 3 Mac depan.

“Mari kita tunjukkan bahawa kita dapat menurunkan angka yang diramalkan oleh IHME seperti yang kita lakukan dengan ramalan JP Morgan untuk pertengahan April 2020.

“Mari kita bersatu dalam menewaskan virus ini dan mengetepikan perbezaan dan kepentingan diri kita, terus fokus untuk memerangi perang ini dan melakukan yang terbaik untuk negara.

“Bersama-sama kita rakyat Malaysia dapat wujudkan yang mustahil dan lindungi orang yang lemah dan tersayang,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Pada April 2020, agensi penyelidikan JP Morgan meramalkan angka positif Covid-19 di Malaysia mengunjur meningkat kepada 6,300 kes pada pertengahan bulan itu.

Bagaimanapun, jangkaan itu ternyata meleset apabila hanya sekitar 4,000 kes dicatatkan di Malaysia pada bulan itu.

BBerkaitan

Latest articles