Usah Kaitkan Ismail Sabri, KJ, Serangan Terhadap Anak Ada Kaitan Dengan Skandal Urus Niaga Farhash

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, menegaskan maklumat yang diterimanya sebelum insiden serangan terhadap anak lelakinya minggu lalu adalah berkaitan urus niaga syarikat milik bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Farhash Wafa Salvador, dan bukannya melibatkan tokoh politik lain.

Rafizi berkata, sejak beliau mendedahkan pertemuannya dengan pemberi maklumat mengenai skandal berkenaan, timbul pelbagai tuduhan liar yang cuba mengaitkannya dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, serta bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ).

“Maklumat yang saya terima jelas bersabit Farhash dan urus niaga syarikat-syarikatnya. Tiada kaitan dengan Ismail Sabri atau KJ seperti yang digembar-gemburkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Rafizi, dakwaan yang mengaitkan nama Ismail Sabri dan Khairy hanyalah percubaan untuk mengalih perhatian masyarakat daripada isu sebenar yang sedang disiasat.

“Ada yang cuba kaitkan serangan ke atas anak saya dengan Ismail Sabri atau KJ. Saya tidak pernah menyelidik atau menyentuh mereka. Ini jelas cubaan jahat untuk alihkan perhatian,” tegasnya.

Beliau turut menyokong tindakan Ismail Sabri yang membuat laporan polis bagi menangkis fitnah berhubung tuduhan itu, dengan menegaskan kebenaran perlu ditegakkan agar isu tidak dimanipulasi.

Insiden serangan terhadap anaknya minggu lalu, kata Rafizi, turut disusuli mesej ugutan yang mendesak beliau supaya berdiam diri mengenai isu terbabit.

Ahli Parlimen Pandan itu tidak menolak kemungkinan serangan berkenaan didalangi pihak tertentu yang mahu menutup mulutnya selepas beliau bertemu sekumpulan pemberi maklumat berkaitan sebuah skandal.

“Saya yakin ini ada kaitan dengan usaha menakut-nakutkan saya supaya berhenti daripada meneliti perkara yang sedang saya selidik,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles