US Coast Guard Tawar Kapal Peronda Kepada Maritim Malaysia Tanda Kerjasama Erat, Rundingan Masih Diteruskan

PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) masih meneruskan rundingan mengenai tawaran Pengawal Pantai Amerika Syarikat (US Coast Guard) berhubung dua kapal perondanya kepada Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tawaran itu dibuat semasa beliau membuat lawatan ke beberapa agensi di Amerika Syarikat pada September tahun lalu.

“Kalau Malaysia ada kesudian, mereka ingin untuk memberikan sumbangan aset itu kepada Malaysia sebagai tanda dekatnya kerjasama terutama dalam aspek perkongsian maklumat, kepakaran dan pengalaman dari segi mengawasi sempadan laut yang luas.

@therakyatinsight

Sepanjang tempoh Khas Pagar Laut (4 fasa) APMM berjaya melakukan 175 tangkapan bernilai RM 15 juta ringgit #therakyatinsight #APMMalaysia #kementriandalamnegeri #KDN

♬ original sound – The Rakyat Insight – The Rakyat Insight

“Mereka melihat Malaysia ini sebagai satu negara yang ada elemen yang mereka boleh pelajari kerana luasnya sempadan kawasan laut kita 590,000 kilometer persegi, kemudian kompleknya ancaman jenayah laut seperti isu pencerobohan nelayan asing, penyeludupan senjata dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam majlis perjumpaan beliau bersama warga Maritim di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Saiful Lizan Ibrahim.

Mengulas lanjut, beliau berkata Maritim Malaysia juga sudah melihat sendiri keupayaan aset berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai perolehan empat unit helikopter bernilai RM600 juta untuk kegunaan Maritim Malaysia, Saifuddin berkata, perolehan di peringkat KDN sudah dimuktamadkan.

“Kemudian prosesnya adalah kita serahkan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan akhir. Berikutnya kita akan melakukan lawatan ke premis syarikat yang berjaya untuk membincangkan elemen kehendak, spesifikasi dan sebagainya,” jelasnya.

Dalam kes berlainan, Op Khas Pagar Laut yang sudah memasuki fasa ke empat, Saifuddin berkata, Maritim Malaysia berjaya membuat 175 tangkapan membabitkan rampasan bernilai RM15 juta.

“Ini menunjukan pentingnya walaupun masa musim perayaan sekali pun, keselamatan perairan negara mesti terus diawasi.

BBerkaitan

Latest articles