Urus Tadbir Negara Perlu Terap Strategi Keselamatan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu seluruh jentera kerajaan khususnya perkhidmatan awam memainkan peranan bagi memastikan strategi keselamatan menyeluruh dapat diterap dan diamalkan dalam tadbir urus negara.

Berucap di Majlis Perasmian Pembukaan Persidangan Keselamatan Negara 2022 dan Sambutan Bulan Keselamatan Keselamatan Negara 2022, hari ini, Ismail Sabri berkata tonggak kepada pelaksanaan strategi keselamatan menyeluruh adalah amanah yang perlu dijunjung oleh seluruh Keluarga Malaysia.

Katanya, sudah tiba masa untuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaksanakan inisiatif Latih Amal Keselamatan Menyeluruh pada kadar segera.

“Latih Amal Keselamatan Menyeluruh ini membolehkan tahap kesiapsiagaan dipertingkat, untuk Malaysia menghadapi sebarang potensi situasi krisis pada masa hadapan.

“Latih Amal ini perlu melibatkan kementerian dan agensi kerajaan persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri serta penglibatan pihak swasta.

“Malah, perlu diintegrasikan aspek sukarelawan dan badan-badan bukan kerajaan khususnya melibatkan pelbagai segmen komuniti,” katanya.

Hadir pada majlis, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein; Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadhillah Yusof dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia memperkenalkan doktrin Keselamatan Menyeluruh (COMSEC) bagi membolehkan tanggungjawab memelihara keselamatan negara dipikul seluruh jentera kerajaan dan segenap lapisan masyarakat secara proaktif.

Ujarnya doktrin COMSEC, yang diperkenalkan MKN adalah untuk membolehkan Malaysia mendepani cabaran pengurusan keselamatan negara pada masa kini dan akan datang.

Katanya, jika tiada persediaan awal dibuat, negara pasti berdepan risiko yang akhirnya menjejaskan kestabilan sosial dan ekonomi, dan sekaligus mengakibatkan implikasi keselamatan yang serius.

“Justeru, amat penting bagi aspek keselamatan negara
dititikberatkan, dalam segenap aspek kehidupan oleh
Keluarga Malaysia, kerana tidak ada seorang pun yang
inginkan keluarga berantakan apalagi keluarga yang tidak selamat dan tidak harmoni,” ujarnya lagi.

BBerkaitan

Latest articles