UPSI Wujudkan Pusat Penyelidikan Dan Pendidikan Keluarga Malaysia

 

KUALA LUMPUR: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terpilih untuk diwujudkan Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Keluarga Malaysia dalam usaha menginstitusikan konsep ‘Keluarga Malaysia’ dengan menjadi hab penyelidikan, pendidikan, latihan dan penyebaran ilmu dalam kalangan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin kerjasama pelbagai pihak dengan institusi pendidikan berkenaan dapat menyumbang peranan signifikan dalam meningkat, mempromosi serta menyebarluaskan konsep dan usaha membudayakan nilai pengkayaan Keluarga Malaysia.

“Uniknya, institusi pengajian tinggi seperti UPSI ini dilatari kepelbagaian agama, bangsa, usia dan latar belakang ekonomi. Bagi merentasi hari, kita memerlukan semangat serta nilai kekeluargaan. Umpama aur dan tebing; tiada aur, runtuhlah tebing.

“Tuntasnya, persekitaran ini telah membentuk keluarga baharu kepada pelajar dan di sinilah lahirnya idea untuk membentuk Keluarga Malaysia @ IPT.

“Aura Keluarga Malaysia dilakar melalui kerjasama yang harmoni, sikap saling menghormati dan keterbukaan pelajar terhadap perbezaan,” katanya ketika merasmikan Program Keluarga Malaysia@IPT 2021 di UPSI di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Yaakob; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon.

BBerkaitan

Latest articles