Untuk Menang, Pilihlah Pemimpin UMNO Yang Lahir Dari Pelbagai Latar Belakang

Oleh Sarfarizmal Saad

 

PADA pilihanraya umum lalu, kita menyaksikan seramai 4.5 juta hadir di saluran tiga dan empat. Kebimbangan UMNO terhadap ‘Undi 18’ dan automatik ini ternyata benar apabila parti itu kalah teruk.

Untuk pilihanraya umum akan datang pula, hampir pasti jumlah ini ditambah lagi sebanyak 4.5 juta di saluran lima dan enam ini, makna sembilan juta pengundi muda akan membuat pilihan dalam pilihanraya.

Sembilan juta ini datang dari pelbagai latar belakang. Yang pasti mereka asyik menggunakan medium komunikasi yang sama seperti whatsapp, tiktok, instagram dan facebook.

Tak keterlaluan juga jika kita sebut, mana-mana calon atau parti politik yang mampu ‘fyp’ di tiktok, maka mereka berpeluang cerah untuk menang dalam pilihanraya nanti.

Satu lagi faktor terpenting adalah mengenai latar belakang calon dan kepimpinan parti.

Di musim keraian demokrasi UMNO ini (pemilihan parti), makin ramai yang muncul untuk menawarkan diri bertanding bagi beberapa jawatan utama di peringkat pusat dan bahagian.

Mungkin sudah tiba masanya untuk UMNO turut memiliki figura-figura atau tokoh-tokoh dari segmen masyarakat lain seperti pemimpin sukan, NGO, korporat, ilmuan, artis dan sebagainya. Berbanding sebelum ini, yang masuk bertanding hanya kalangan mereka yang sekadar aktif dalam parti politik semata-mata.

Jika kepimpinan UMNO datang dari pelbagai segmen masyarakat sebegini, maka setidaknya kita mampu mempelbagaikan sudut pandang dan cara penghayatan seseorang terhadap kaedah menjuarai hati rakyat di Malaysia.

Diharapkan UMNO mampu benar-benar menarik minat golongan muda bagi menghadapi pilihanraya akan datang, terutama pilihanraya di enam negeri yang bakal tiba dalam masa terdekat ini.

Latest articles

Related articles

spot_img