Universiti Keluarkan Cecair Pembasmi Kuman Untuk Perangi Covid-19

Universiti Utara Malaysia (UUM) menghasilkan cecair pembasmi kuman, selepas kejayaan projek penghasilan perlindungan diri (PPE) dalam usaha memerangi Covid-19.

Pengarah Food Security, Innovation and Derrrvelopment Research (FInDER), Dr Risyawati Mohamed berkata, penghasilan cecair pembasmi kuman ini merupakan antara usaha pihaknya dengan kerjasama Pusat Inovasi dan Pengkomersilan UUM.

Ia bertujuan membantu kumpulan petugas barisan hadapan seperti doktor dan jururawat, anggota polis dan tentera dalam bersama-sama mencegah penularan jangkitan COVID-19.

Cecair pembasmi kuman itu juga, katanya akan dibekalkan kepada golongan B40 di Kedah yang kurang berkemampuan berikutan peningkatan harga jualannya di pasaran.

“Penghasilan cecair pembasmi kuman itu adalah menerusi penglibatan bersama tiga pensyarah serta dua pelajar sarjana dan PhD di mana 500 botol cecair pembasmi kuman dapat dihasilkan dalam masa sehari.

“Penghasilannya berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) di mana formula penghasilannya diluluskan pertubuhan itu,” katanya.

Beliau melahirkan rasa bangga kerana walaupun UUM merupakan sebuah universiti pengurusan namun ia tidak lupa untuk mengorientasikan elemen sains dalam bidang pengurusan.

“Ini merupakan satu bukti bahawa universiti pengurusan juga berjaya mengeluarkan satu bahan yang sangat relevan dengan masyarakat iaitu cecair pembasmi kuman dan kelengkapan PPE.

“Usaha untuk membekalkan cecair pembasmi kuman akan dilakukan secara berterusan walaupun tempoh PKP tamat memandangkan ia merupakan sebahagian daripada platform terbaik bagi UUM mencurahkan khidmat kepada masyarakat,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles