UMNO Tidak Tersisih Walaupun PAS Berkawan Dengan Bersatu – Idris

ALOR SETAR: PAS konsisten memperkukuhkan permuafakatan ummah termasuk Muafakat Nasional (MN) meskipun UMNO sering melemparkan dakwaan ia ‘main dua kolam’.

Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad
berkata partinya tidak pernah menyisihkan UMNO walaupun dalam masa yang sama memilih untuk bersama dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).

“Wartawan selalu tanya, (pilih) UMNO atau Bersatu? Tak, kita pilih kedua-dua.

“Itu naratif kami, biar rakyat menilai walaupun orang mencerca dan perli sekali pun, kita tetap menyatakan soal perpaduan ini penting.

“Kalau berlaku perpecahan, keputusan dapat dilihat pada PRU-14 lepas. Kita tak nak mengulanginya,” kata ketika berucap pada Ijtimak Jentera Pilihan Raya PAS sempena Muktamar Tahunan PAS ke-68 di Kompleks PAS Kedah malam tadi.

Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam masa yang berkata, PAS terus berpolitik dengan memikirkan masa hadapan generasi akan datang.

“Kita berpolitik masa depan orang lain, masa depan cucu kita, bukan masa depan kita.

“Kalau kita duduk bercakap perebutan kuasa, jawatan dan kepentingan kita, apa akan jadi kepada generasi anak cucu kita,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles