UMNO Tak Halang Sesiapa Nak Bertanding, Tapi Beritahu Awal Jangan Sorok – Isham Jalil

KUALA LUMPUR: UMNO tidak menghalang mana-mana ahli untuk bertanding jawatan tertinggi parti itu, kata Isham Jalil.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan UMNO menasihatkan kereka yang berhasrat mahu mencabar jawatan itu untuk mengumumkan pencalonan mereka lebih awal, dan tidak perlu sorok-sorok.

“Kita (UMNO) tak halang sesiapa nak bertanding jawatan tertinggi parti itu iaitu Presiden dan Timbalan Presiden dan Naik Presiden UMNO, tetapi adalah lebih baik hasrat itu diumumkan lebih awal, tak perlu sorok atau cakap belakang.

“Sesiapa nak bertanding, jangan berselindung, kita tidak mahu nanti ada gerakan yang gunakan konco buat kerja malam-malam,” katanya dalam sidang media di Laman Media sempena Pehimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022), hari ini.

Bagaimanapun, Isham berpendapat bahawa jatawan itu tidak perlu dipertanding memandangkan UMNO kini berada dalam fasa kritikal.

“UMNO dalam Kerajaan Perpaduan pun masih rapuh, kita bimbang sekiranya wujud politik wang.

“Kita tak halang sesiapan nak bertanding, tapi umumlah lebih awal,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles