UMNO Sudah Buktikan Ia Mampu Jadi Kerajaan Yang Stabil

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub menegaskan bahawa UMNO telah menunjukkan komitmen dan kemampuannya untuk menjadi sebuah kerajaan yang stabil.

Ditemui media selepas majlis Makan Tengah Hari Lou Sang Tahun Baharu Cina Keluarga Malaysia, hari ini, Ismail Sabri juga berkatatidak timbul isu bahawa kerajaan akan lebih stabil jika UMNO tidak menjadi kerajaan.

Malah pada ketika ini pun UMNO berada dalam kerajaan dan beliau sendiri adalah perdana menteri dari UMNO.

Ismail Sabri dalam masa yang sama  menegaskan beliau mendapat sokongan daripada rakan-rakan parti lain.

“Kita dah tunjuk (buktikan) kerajaan ini stabil, saya sendiri Perdana Menteri UMNO dan disokong oleh rakan-rakan parti yang lain,” katanya.

Reaksi itu merujuk kepada dakwaan

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dilaporkan berkata kestabilan politik dalam negara hanya boleh dicapai sekiranya UMNO tidak lagi memerintah.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat berkata, ketidakstabilan politik menyebabkan beberapa siri pilihan raya negeri (PRN) terpaksa diadakan akibat tindakan BN selepas diberi peluang kembali memerintah.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kestabilan politik negara juga dibuktikan dengan termeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dengan pembangkang.

“Ia tidak pernah berlaku sebelum ini, ia semua bagi memastikan politik negara dalam keadaan stabil, jadi tiada isu seperti yang dikatakan oleh MB (Muhammad Sanusi) itu,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles