UMNO Selesa Dengan Kerajaan Perpaduan, Tidak Akan Sertai PN

KUALA LUMPUR: Pelawaan Bersatu supaya UMNO menyertai Perikatan Nasional (PN) tidak akan diterima, demikian menurut Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris mempelawa UMNO untuk menyertai PN bagi membantu masyarakat Melayu Islam di negara ini.

“Kita bukan hanya bekerja untuk Melayu dan Islam, kita juga bekerja untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Walaupun kita tidak pernah berkompromi dalam agenda perihal Islam dan Melayu di negara ini tetapi kita perlu memperakui bahawa Malaysia adalah milik masyarakat majmuk,” katanya kepada pemberita ketika menyempurnakan Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan dan Sukan KKDW (MAKSPEN) XIV Putrajaya Tahun 2023, malam tadi.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid berkata, UMNO selesa dengan penglibatan mereka dalam Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jadi, mereka jangan membuang masa dengan menjemput kami untuk menyertai PN,” tegasnya.

BBerkaitan

Latest articles