UMNO Sabah Dijangka Buat Keputusan Tentang Kerusi PRN Sabah Selepas Mesyuarat Esok

UMNO di negeri Sabah akan membuat keputusan tentang jumlah kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang selepas mesyuarat parti bagi negeri berkenaan esok.

Demikian menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Menurut laporan BERNAMA, beliau berkata mesyuarat itu akan menetapkan juga hala tuju UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah dalam usaha untuk menang kesemua kerusi yang diletakkan calon pada pilihan raya itu nanti.

“Pada saya, bukan soal untuk bertanding semua kerusi (DUN) tetapi soalnya berapa yang boleh kita (Umno Sabah) menang,” katanya ketika dihubungi agensi berita berkenaan di Kota Kinabalu, hari ini.

MESTI BACADAP “Lupa” Bagaimana Kerajaan Sabah Dibina

Bung Moktar berkata pihaknya sudah ada senarai nama calon tetapi masih belum menentukan kerusi mana yang mereka bakal diletakkan untuk bertanding.

Katanya Umno Sabah akan mengumumkan nama calon yang terpilih bertanding pada pilihan raya itu lebih awal selepas diputuskan dan dimuktamadkan.

Mengulas autonomi yang diberikan kepada Umno Sabah dalam membuat persiapan dan menentukan calon bagi PRN, Bung Moktar berkata ia adalah pendekatan terbaik untuk rakyat Sabah kerana parti itu diterajui pemimpin tempatan sekali gus menolak dakwaan Umno hanyalah sebuah parti dari Semenanjung.

Beliau berkata autonomi itu juga memberi peluang kepada pemimpin Umno Sabah menentukan hala tuju parti di negeri itu, bukan hanya dalam soal menentukan calon dan kerusi yang ditandingi malah dalam mengemukakan tawaran baharu untuk rakyat di Sabah.

Menyentuh isu pertambahan kerusi DUN Sabah daripada 60 kepada 73, Ahli Parlimen Kinabatangan itu berpendapat sudah tiba masanya ia dilaksanakan memandangkan geografi negeri tersebut yang besar dan luas selain sebagai usaha memberi perkhidmatan seimbang kepada rakyat, menurut berita BERNAMA.

Bung Moktar turut mengesahkan beliau akan bertanding di Lamag iaitu antara DUN baharu yang diwujudkan di Parlimen Kinabatangan.

Pada masa ini, Kinabatangan mempunyai dua DUN iaitu Sukau dan Kuamut.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sebanyak 60 kerusi DUN Sabah dipertandingkan namun pada Julai tahun lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul tambahan 13 kerusi DUN, menjadikan kedudukan semasa 73 kerusi.

Tiga belas DUN itu ialah N02 Bengkoka; N06 Bandau; N08 Pintasan; N13 Pantai Dalit; N17 Darau; N24 Tanjung Keramat; N27 Limbahau; N44 Tulid; N47 Telupid; N51 Sungai Manila; N58 Lamag; N61 Segama dan N70 Kukusan.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Sabah Rohiman Rahia ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan sebanyak 73 kerusi DUN Sabah akan dipertandingkan pada PRN yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Pada Khamis lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN Sabah beberapa jam selepas bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa blok pembangkang telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Ketika ini, Umno Sabah memiliki satu daripada 17 kerusi DUN yang dimenangi pada PRU14 selepas 16 Ahli Dewan Undangan Negerinya meninggalkan parti itu dan menyertai parti gabungan kerajaan Warisan dan Bersatu. Kerusi DUN tunggal Umno disandang Tan Sri Musa Aman yang mewakili DUN Sungai Sibuga.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Ada Pegawai, Anggota Polis Lindungi Premis Judi Di Sungai Buloh – Bukit Aman

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu pejabat polis Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya mengesahkan pihaknya menerima maklumat ada di kalangan pegawai dan...

Menteri Agama Harap RUU355 Dapat Direalisasi Sebelum Mati

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad berkata ada beberapa proses yang perlu dilalui dengan melibatkan beberapa pihak sebelum...

Guna saluran tepat lapor kegiatan jenayah – Hamzah

SUNGAI BULOH, 10 Ogos  -- Orang awam disaran menggunakan saluran yang tepat dalam melaporkan sebarang kegiatan jenayah termasuk perjudian haram bagi mengelak keselamatan diri diancam, kata Menteri...

Guna Logo Dacing Untuk PRN Sabah, PRU15 – Pemuda Umno

Barisan Nasional (BN) dan rakan kerjasamanya iaitu PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dicadang untuk menggunakan logo rasmi 'dacing' untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri...

Anifah Gesa Musa Beri Laluan Kepada Muka Baru

Meskipun mengakui sumbangannya sepanjang menjadi ketua menteri Sabah, namun Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman berpendapat sudah tiba masa untuk abangnya,...