UMNO: PRU15 Selepas COVID-19 Berakhir Tindakan Tepat

 

 

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyambut baik cadangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas pandemik COVID-19 di negara ini berakhir.

Apatah lagi di kala kerajaan hari ini mempunyai bilangan majoriti yang tipis dan memberikan petanda yang tidak baik bagi mereka.

“Kerajaan tidak seharusnya terlampau berfikir tentang politik, apabila mendapat mandat baharu nanti, menang atau kalah itu biasa, kalau menang menanglah, kalau kalah kalahlah kerana rakyat yang akan menentukan, sama ada cepat atau pun lambat.

“Rakyat dah sedar bahawa kerajaan dengan majoriti yang tipis tak akan mendatangkan kebaikan kepada rakyat. Hasrat yang dinyatakan oleh perdana menteri itu sesuatu yang baik, bagi saya baik untuk mendapatkan mandat daripada rakyat, bukan atas desakan sesiapa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan semalam.

Muhyiddin, pada Sabtu lalu memaklumkan bahawa PRU15 hanya akan diadakan selepas pandemik berakhir, kerana enggan situasi yang sama berlaku seperti di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang menjadikan negara berada di gelombang ketiga COVID-19.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini