UMNO Perlu Elak Pertelingkahan Hingga Menghancurkan PartiP

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini menggesa kesemua pihak di dalam parti untuk bersatu hati dan tidak mewujudkan perbalahan sehingga boleh memecah belahkan parti.

Tegasnya, UMNO tidak boleh berpecah hanya disebabkan perbezaan pandangan.

“Sekiranya semua berpegang kepada keputusan parti maka tidak timbul soal kem dan kumpulan. Kepimpinan negara kini dipimpin oleh seorang Perdana Menteri dari UMNO. Tentunya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu didokong oleh sekalian ahli UMNO.

“Itulah pandangan parti dan kepimpinan utama. Justeru jangan ada lagi pertelingkahan sehingga boleh memecah-belahkan parti. Jangan ada apa-apa gerakan untuk menumbangkan pemimpin itu, pemimpin ini,” katanya di Facebook beliau.

Apatah lagi, kepimpinan kerajaan hari ini datang daripada UMNO dan Ismail Sabri

“Jangan ada apa-apa gerakan untuk menumbangkan pemimpin itu, pemimpin ini,” katanya.

Ketika mengulas mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Zambry, yang juga bekas Menteri Besar Perak itu berkata, parti sudah memutuskan sebarang keputusan besar dan langkah untuk menentukan tarikh pilihan raya adalah melalui perbincangan tiga pemimpin utama, iaitu presiden, timbalannya dan Perdana Menteri.

“Soal bila perlu diadakan pilihanraya serahkan kepada pucuk pimpinan. Telah diputuskan supaya the top five(presiden, timbalan dan tiga naib presiden) akan memberi panduan kepada parti.

“Keperluan bagi parti ialah membuat persiapan awal untuk berhadapan dengan realiti baru. Perkemaskan jentera dan perbaiki kelemahan,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles