UMNO, PAS Minta KTM Perjelas Isu Parti Liar Di Dalam Aset Pegangan Mereka

Kuala Lumpur – Keretapi Tanah Melayu (KTM) perlu memberi penjelasan segera berhubung parti liar yang diadakan di dalam gerabak syarikat berkenaan.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, KTM sebagai peneraju perkhidmatan keretapi negara sepatutnya cakca dengan meletakkan syarat syarat yang ketat demi tidak mencemarkan imej dan nama KTM sendiri.

“Sangat mengecewakan ialah apabila nama sahaja Kereta Api Tanah Melayu, tapi membenarkan parti liar yang penuh dengan arak dan perkara perkara yang tidak senonoh. Apakah mesej yang KTM cuba sampaikan kepada rakyat? Bahawa kami sudah tidak melayu?

“Apatah lagi tindakan membenarkan ini sangat sangat tidak selari dengan Malaysia yang terkenal dengan budaya sopan dan ketimuran ini. Kita ialah sebuah negara Islam yang majoritinya orang Melayu. Tolong hormat budaya dan adat resam kita,” kata Shaiful Hazizy dalam satu kenyataan, hari ini.

Shaiful Hazizy berkata, penganjuran parti berkenaan juga langsung tidak sinonim dengan budaya dan adat rakyat Malaysia.

“Parti ‘Pinkesh’ yang diadakan itu secara terang-terangan menunjukkan tetamu-tetamu yang hadir dihidangkan dengan air minuman keras.

“Sekalipun KTM memang sudah membenarkan penyewaan koc-koc KTM untuk tujuan peribadi, tetapi KTM perlulah meletakkan syarat syarat yang ketat demi tidak mencemarkan imej dan nama KTM sendiri,” ujar beliau.

Sementara itu Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan, pesta tersebut bertentangan dengan budaya ketimuran yang mengutamakan nilai tatasusila, kesopanan dan hiburan sederhana.

Bahkan, katanya, budaya berhibur melampaui batas seperti menghadiri kelab malam seperti mana ditonjolkan oleh pesta hiburan ini pada 16 Mei lepas, tidak mencerminkan nilai Rukun Negara dan mencemarkan nama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang merupakan aset negara bersejarah.

“Walau apa jua alasan digunakan bagi menjustifikasikan program ini, seperti contohnya bagi tujuan penjanaan kewangan, ia tetap tidak boleh diterima dan dilihat bertentangan dengan falsafah Malaysia Madani dibawakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan.

“KTMB merupakan salah satu daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berada bawah Kementerian Kewangan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

BBerkaitan

Latest articles