Umno, PAS Daftar Muafakat Nasional Secara Rasmi

Kedua-dua parti di dalam gabungan Muafakat Nasional (MN) iaitu Umno dan PAS bersetuju untuk mendaftarkan secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung I dan II MN – Tab Sri Annuar Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan – dalam kenyataan media bersama, hari ini.

“Kepimpinan Muafakat Nasional telah bersepakat secara bersama serta memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapi PRUI5 yang akan datang,” demikian memetik kenyataan itu.

Pendaftaran itu dibuat hari ini, meskipun mesyuarat yang sepatutnya berlangsung pada malam tadi untuk membincangkan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibatalkan atas nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ogos lalu, Bersatu menerusi Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju menyertai MN setelah diundang oleh gabungan itu.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini