UMNO Nafi Ahmad Zahid Calon PM

KUALA LUMPUR: Memang ada segelintir pihak yang sengaja menyebar fitnah kerana tidak boleh melihat UMNO ‘hidup’ dengan aman.

Demikian menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan selepas tular satu kenyataan yang mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan dicalonkan sebagai Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Terdahulu kenyataan itu tular di sosial media sejak Mahkamah Shah Alam membebaskan Ahmad Zahid daripada pertuduhan rasuah pada Jumaat lalu.

”Mudah sahaja untuk mengetahui benar atau tidak jika ada kenyataan daripada saya – check semua saluran media sosial saya iaitu twitter, fb, instagram, tiktok.

”Jika tiada, maka ianya palsu, fake,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam kenyataan palsu yang kononnya dikeluarkan h Ahmad menyatakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang akan diadakan pada 30 September ini akan membincangkan pelantikan Ahmad Zahid sebagai calon Perdana Menteri pada PRU.

Untuk rekod keputusan MKT pada April lalu sebulat suara mencadangkan Naib Presiden parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menjadi calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

BBerkaitan

Latest articles