Ada pihak sengaja mereka cerita kononnya Umno keluar dari Perikatan Nasional, demikian menurut Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Malah beliau juga menafikan parti itu mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini untuk membincangkan hal keluar dari gabungan berkenaan.
“Ini semua fitnah yang tak sudah-sudah untuk memburukkan pemimpin Umno,” tulisnya di Facebook.
Umno membentuk PN bersama PAS, Bersatu dan beberapa parti gabungan di dalam Barisan Nasional dan membentuk kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.