UMNO Malas Layan Ugutan BERSATU, Fathul Bari Beritahu Wan Saiful

KUALA LUMPUR: UMNO hari ini mengingatkan BERSATU untuk tidak masuk campur hal parti itu, demikian menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya.

Reaksi beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mengugut mahu mendedahkan kepincangan parti itu dan Barisan Nasional (BN).

Fathul Bari menambah bahawa UMNO tidak mempunyai masa untuk melayan ugutan itu kerana pihaknya sedang memfokuskan gerak kerja bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Johor.

“Soal mendedahkan kepincangan UMNO, itu soal dalaman UMNO… krisis dalaman kami biar kami yang uruskan.

“Khabarnya ada menteri (Bersatu) nak lompat dan sebagainya, sepatutnya Bersatu selesaikan hal mereka dan fokus kemenangan di Johor dulu.

“Kami tak sempat nak layan ugutan ini kerana kita dah lancar gerak kerja jentera kita di setiap kawasan dan kita bersedia untuk kemenangan di Johor,” katanya memetik FMT.

Dalam masa yang sama Fathul Bari turut sinis menegur Wan Saiful terus bekerja bagi memastikan kemenangan Bersatu di Johor.

“(Sikap) itu cuma retorik. Takkanlah ‘level’ Wan Saiful, sahabat saya yang hebat ini nak melayan ‘cybertrooper’. Elok fokus kejayaan PRN,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles