UMNO Mahu Parlimen Bubar Tahun Ini Juga, Tarikh PRU15 Ditentukan PM

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini sepakat mahu Parlimen dibubarkan sehingga akhir tahun ini juga.

Menurut Ahli MKT UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin bagaimanapun menjelaskan, tarikh pembubaran Parlimen itu terpulang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Cadangnya bubar tahun ini, itu yang MKT cadang tapi terpulang kepada Perdana Menteri dan Agong,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat MKT di ibu pejabat parti itu malam ini.

Meskipun masih dalam ketidaktentuan tempoh pilihan raya, namun Zahidi berkata, persediaan UMNO kini berada di tahap pecutan terakhir.

“Sebab tidak ada tarikh bubar, jadi kita rasa kita perlu meletakkan gear 5 yang presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) nak kita gear 5, jadi kita bersedia untuk bila-bila masa kita takut Parlimen bubar (bila-bila masa),” katanya.

Perkara yang sama dimaklumkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin yang memaklumkan pimpinan parti menghormati hak PM dalam menentukan tarikh pembubaran.

“Memang kita berbincang mengenai pilihan raya secara mendalam dan kesediaan dan kekuatan parti sedang diukur.

“Kita akui ia (tarikh PRU) budi bicara Perdana Menteri. UMNO menghormati perkara itu,” katanya

BBerkaitan

Latest articles