More

    UMNO Kini Sudah Diberikan Akses Wang Dibeku

    UMNO kini diberikan akses kepada wang bernilai RM192.9 juta yang dibekukan kerana dikaitkan dengan 1MBD sejak Jumaat lalu.

    Peguam UMNO Tania Scivetti yang mengesahkan perkara itu berkata, UMNO boleh ekses terhadap wang yang disimpan dalam CIMB Bank itu sejak pukul 2.22 petang Jumaat lepas.

    memetik laporan portal Suara Merdeka, UMNO hari ini turut menarik balik permohonan untuk prosiding menghina mahkamah terhadap CIMB Bank berikutan tindakan bank tersebut yang tidak melepaskan wang sebanyak RM192.9 juta milik parti itu.

    Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menyekat pengembalian wang berkenaan.

    Tania hari ini memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan bahawa mereka telah mendapat arahan untuk menarik balik tindakan menghina mahkamah terhadap CIMB Bank.

    Pada awal Jun lalu, UMNO mengemukakan tindakan menghina mahkamah ke atas CIMB Bank kerana belum mengembalikan wang bernilai RM192.9 juta kepada parti tersebut.

    Pada 19 Jun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan pengembalian RM192.9 juta, sementara menunggu rayuannya ke Mahkamah Rayuan.

    Semasa prosiding hari ini, peguam CIMB Bank, Rabindra Nathan, menjelaskan kepada mahkamah bank tersebut sudah memberikan akses kepada UMNO untuk dana berkenaan

    Tuduhan Mahathir Seperti Menghina Mahkamah

    Puteri UMNO Desak Rampas Buku, Tamat Permit Percetakan

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini