More

    UMNO jangka keputusan ROS diperoleh kurang dua minggu lagi

    KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dijangka memberi keputusan terhadap notis pindaan perlembagaan UMNO dalam tempoh kurang dari dua minggu lagi.

    Memetik laporan portal Berita Harian, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata ini adalah berdasarkan sebanyak tujuh maklumat tambahan sudah diberikan oleh parti itu bagi melancarkan proses permohonan berkenaan.

    Katanya, pindaan itu patut diluluskan dengan segera kerana UMNO sudah mengikut segala prosedur perlembagaan yang teratur. Terdahulu permohonan MCA juga sudah diluluskan oleh ROS, iaitu dilihat sebagai satu perkara yang serupa.

    “Selain itu, pada saya sudah menjadi hak sesuatu pertubuhan untuk lakukan apa yang terbaik untuk anggotanya yang mempunyai keahlian 3.4 juta orang.

    “Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, juga memberi sokongan dua pertiga ketika pindaan itu disebut. Saya kira ROS yang mengawal selia pendaftaran pertubuhan sepatutnya tahu apa yang terbaik untuk pertubuhan itu,” katanya ketika siaran langsung secara maya bertajuk ‘UMNO, Apa Cerita ROS?’, hari ini.

    Sebelum ini dilaporkan ROS masih belum memberi kata putus terhadap permohonan dikemukakan UMNO berhubung pindaan perlembagaan dibuat parti itu.

    Menyentuh mengenai penangguhan pemilihan parti, Ahmad berkata, UMNO adalah sebuah parti yang besar dan berpandangan ia akan mengganggu proses pilihan raya yang sudah dibuat.

    “Kita sudah melatih hampir lima tahun, semua ketua pemuda dan wanita untuk berdepan dengan pilihan raya, jadi sekiranya pemilihan dilakukan, maka semua nanti orang-orang baru.

    “Akhirnya Majlis Kerja Tertinggi buat keputusan perlu pinda perlembagaan supaya lebih selamat. Mungkin ini juga akan menjadi trend kepada parti lain untuk buat pemilihan selepas pilihan raya kerana ini akan wujudkan kestabilan parti berkaitan,” dakwanya.

    Latest articles

    Related articles

    spot_img