UMNO Dah Cukup Untuk Kaum Melayu, Tak Perlu Banyak Parti

KUALA LUMPUR: Hasrat veteren UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah untuk menubuhkan ‘UMNO lama’ dilihat hanya menyebabkan kaum Melayu semakin berpuak.

Demikian menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selain menegaskan tiada keperluan untuk orang Melayu menubuhkan banyak parti.

“Umno satu sudah cukup, ini kalau buat bagi banyak lagi, kita akan berpuak-puak.

“Ikutlah pakat-pakat dalam satu organisasi,” katanya dalam kenyataan.

Baru-baru ini, Tengku Razaleigh, atau Ku Li, dipercayai mengetuai satu mesyuarat dengan sekumpulan veteran UMNO yang lain, kononnya menghidupkan semula ‘UMNO lama’.

Ahli Parlimen Gua Musang itu mendakwa ramai veteran UMNO meluahkan kebimbangan dengan situasi semasa politik tanah air.

Sebelum ini juga Ku Li mendakwa pengharaman UMNO pada tahun 1988 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia ketika itu sebagai tidak sah.

Malah pembatalan UMNO pada 30 tahun lalu itu dilakukan hanya kerana politik semasa dan bagi menyokong kepimpinan ketika itu.

Mereka yang bertanggungjawab terhadap pembatalan parti itu kemudiannya menubuhkan sebuah parti baharu atas nama sama.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini