UMNO, BN Tak Pernah Sertai PN

KUALA LUMPUR: UMNO menyanggah dakwaan Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari bahawa parti itu dan Barisan Nasional (BN) yang bertindak menubuhkan Perikatan Nasional (PN).

Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah turut menegaskan UMNO dan BN tidak pernah pun jadi ahli PN.

”Kita nak bagi tau Amirudin Shari. Bukan UMNO yang tubuhkan PN ni.

”Jadi kenapa dituduh UMNO pulak?,” katanya.

Terdahulu Amirudin mendakwa PN menjadi alat kepada UMNO untuk memecahkan undi daripada diperolehi Pakatan Harapan (PH).

Menurut Amirudin, penubunan Perikatan Nasional (PN) merupakan satu impian yang menjadi kenyataan kepada UMNO.

Dakwa Amirudin lagi, UMNO tidak mahu pertandingan satu lawan satu berlaku dalam mana-mana pilihan raya, justeru penubuhan PN merupakan salah satu strategi UMNO untuk memecahkan undi dan sekaligus memenangi pilihan raya.

BBerkaitan

Latest articles