Selepas mengadakan pertemuan bersama Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, Umno memberi bayangan berita baik yang akan diumumkan kerajaan pada esok.
Perkata itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi ciapannya di Twitter.
Terdahulu, selain Ahmad Maslan, turut hadir di dalam pertemuan itu adalah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan beberapa perkara berhubung Belanjawan 2021, termasuk syarat Umno untuk menyokongnya.
Sebelum ini UMNO meletakkan syarat menyokong belanjawan berkenaan dengan menggesa kerajaan melanjutkan moratorium menyeluruh dan pengeluaran wang sehingga RM10,000 dari Akaun Satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Kita tunggu pengumuman beliau Khamis 26/11/2020. Moga ada berita baik,” ciapnya.
Pertemuan itu turut disertai oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.