Umno Belum Bincang Soal Pembahagian Kerusi

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang berlangsung pada malam tadi hanya membincangkan hala tuju parti jika pilihan raya mengejut diadakan, demikian menurut Ahli Majlis Tertinggi, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau dalam pada itu menambah soal pembahagian kerusi tidak disentuh dalam mesyuarat tersebut, meskipun Umno kini bergabung dengan PAS, Bersatu, MCA dan MIC serta beberapa parti lain di dalam Perikatan Nasional (PN).

“Perbincangan secara umum tentang di mana letak duduk Umno, hala tuju kita, memperkasakan kedudukan kita dan juga kita bincang tentang apakah agenda yang harus kita mainkan sebagai sebuah parti teras orang Melayu – Islam.

“Itu semua spekulasi awal. Jadi takkan terus nak bincang bagi kerusi dah,” katanya selepas selesai bermesyuarat semalam.

Soal pilihan raya mengejut sedang diperkatakan selepas satu laporan daripada Straits Times Singapura menyatakan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan mandat kerajaan yang dipimpinnya.

BBerkaitan

Latest articles