KUALA LUMPUR: Masalah UMNO pada hari ini berpunca dari silap aturan pemimpinnya sendiri, menyebabkan ia terkeluar dari perjuangan asalnya.
Bahkan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil mendakwa ahli akar umbi dan orang Melayu secara keseluruhannya
sepakat bahawa UMNO pada hari ini tidak sinonim dengan matlamat asal penubuhannya.
Keadaan itu termasuk kerjasama dengan DAP pada enam pilihan raya negeri (PRN) menyebabkan mereka semakin menjauhkan diri daripada UMNO.
“UMNO tak salah, akar umbi UMNO tak salah, yang salah pemimpin yang bawa perjuangan tu keluar dari landasan, itu yang jadi masalah.
“Sebab itu ada jurang saya nampak antara kemahuan akar umbi umno dengan kemahuan pemimpin tertinggi UMNO iaitu Presiden,” katanya seperti dipetik daripada wawancara yang disiarkan Pertiwi TV malam tadi.
Berhubung pemecatannya daripada parti, Isham memberitahu, beliau tidak terkilan kerana teguran yang diberikannya selama ini adalah demi kelangsungan parti.
Beliau menambah, niatnya adalah untuk melihat UMNO yang diwarisi daripada generasi terdahulu dihancurkan oleh individu yang didakwa ingin membawanya ke arah kemudaratan.
“Pada saya sebagai pemimpin, kita tak boleh bawa orang yang kita pimpin ke arah kemudaratan,” jelasnya.