UMNO Akan Putuskan Tarikh Pemilihan Parti Pada Malam Esok – SUA

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan memutuskan tarikh pemilihan parti itu pada mesyuarat malam esok.

Beliau berkata, mengikut prosedur, perkara itu perlu dibincangkan terlebih dahulu di peringkat bahagian parti sebelum dibawa ke MKT untuk keputusan muktamad.

“UMNO perlu memuktamadkan tarikh pemilihannya selewat-lewatnya pada 19 Mei ini kerana pemilihan mesti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Pemilihan parti mesti diadakan selewat-lewatnya pada 19 Mei selepas UMNO meminda perlembagaannya bagi membolehkan pemilihan ditangguhkan enam bulan selepas pilihan raya umum. Pemilihan parti itu sebelum ini ditetapkan pada 29 Disember. – FMT

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini