UM Tepis Dakwaan Wee Ka Siong: “SATU Bukan Pintu Belakang, Tapi Laluan Tambahan”

KUALA LUMPUR, — Universiti Malaya (UM) hari ini membidas dakwaan yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, berhubung kenaikan yuran program perubatan serta pelaksanaan sistem kemasukan laluan khas SATU, yang didakwa bakal menafikan peluang pelajar B40 melanjutkan pengajian di universiti awam.

Naib Canselor UM, Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman berkata Universiti itu menafikan sistem SATU sebagai “pintu belakang”, sebaliknya menjelaskan ia adalah pintu tambahan yang dirangka bagi menampung permintaan tinggi terhadap kursus berprestij seperti perubatan, farmasi dan pergigian tanpa menjejaskan kuota pelajar di bawah sistem utama UPU.

“SATU bukan pintu belakang, tetapi pintu tambahan. Ia tidak menutup laluan rakyat, sebaliknya memperluas peluang dan mengukuhkan sistem,” kata beliau.

Dr. Wee yang juga Presiden MCA itu sebelum ini mendakwa kenaikan yuran melalui SATU kepada hampir RM500,000 adalah satu “halangan nyata” buat pelajar dari golongan B40, yang menurutnya mewakili 60% pemohon universiti awam berdasarkan data KPT tahun 2022.

Namun, UM mempertahankan bahawa yuran SATU hanya dikenakan kepada pelajar saluran khas, dan subsidi untuk pelajar UPU termasuk B40 dan M40 masih kekal sehingga 95%, dengan yuran program perubatan dalam saluran UPU sekitar RM15,000 sahaja.

UM menjelaskan bahawa kenaikan yuran SATU adalah untuk menampung kos sebenar pendidikan termasuk latihan klinikal dan penggunaan peralatan perubatan berteknologi tinggi.

Sementara itu, Universitu itu juga menolak dakwaan dan persepsi bahawa laluan sati out menyekat peluang pelajar cemerelang untuk memasuki UM.

“ UM juga menolak persepsi bahawa laluan SATU menyekat peluang pelajar cemerlang untuk masuk ke UM, sebaliknya menjelaskan bahawa semua unjuran kemasukan UPU tetap dipenuhi sepenuhnya setiap tahun. SATU diwujudkan bagi mengekang penghijrahan pelajar cemerlang ke luar negara akibat kekangan tempat dalam sistem UPU”

Universiti turut menekankan bahawa sebarang pengambilan pelajar – sama ada melalui UPU atau SATU kekal berdasarkan merit dan saringan akademik yang ketat, serta tertakluk kepada garis panduan profesional daripada Majlis Perubatan Malaysia dan badan berkaitan.

“Universiti bukan sekadar institusi ilmu, tetapi medan harapan. Dalam dunia yang kompleks, kita perlukan profesional kesihatan yang cekap dan mencukupi,” tambah kenyataan itu.

UM menyifatkan kenyataan Wee sebagai tidak mencerminkan gambaran menyeluruh dan mengelirukan rakyat mengenai sistem pendidikan tinggi negara. UM menegaskan komitmennya terhadap prinsip keterbukaan, tanggungjawab sosial dan keadilan dalam akses pendidikan.

“Universiti sentiasa terbuka menerima teguran mahupun saranan membina. Namun, cubaan untuk mempolitikkan sistem yang dibina dengan teliti dan bertanggungjawab adalah amat dikesali.”.

Kenyataan Penuh Universiti Malaya

KENYATAAN MEDIA – MAKLUM BALAS TERHADAP KENYATAAN YB DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG

BBerkaitan

Latest articles