Ulama Jangan Tukar Hukum, Bidas Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: “Ulama jangan tukar hukum,” demikian bidas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataan Presiden Pas l, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang  mempertahankan pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan mendakwa ia adalah sedekah.

Timbalan Perdana Menteri itu, menggambarkan Hadi sebagai ulama politik dan meminta Hadi tidak menukar hukum sesuka hati.

“Ulama ini jangan tukar-tukar hukum, jangan tukar fatwa.

“Akhirnya ulama politik takkan dihormati oleh rakyat dan orang Islam.

“Ulama kena ada integriti sebagai ulama, jangan tukar-tukar fatwa,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui pemberita di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina MCA, di sini hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Zahid menyifatkan kenyataan Hadi sebagai tidak wajar.

“Kalau dia (Hadi) buat dianggap sedekah, kalau kita buat dipanggil rasuah,” katanya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,683FollowersFollow
20,500SubscribersSubscribe

Terkini