Ubat PrEP Bukan Untuk Pengamal Songsang Sahaja – Dr Akmal Salleh

KUALA LUMPUR: Penggunaan ubat PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) bukan hanya untuk pengamal songsang sahaja.

Menjelaskan perkara itu, Exco Kesihatan Dan Anti Dadah Negeri Melaka, Dr Akmal Salleh berkata, ubat PrEP turut digunakan kepada individu yang terlibat dadah dan suami atau isteri kepada penagih dadah.

Selain itu, beliau berkata ubat PrEP juga turut digunakan oleh pasukan perubatan yang terdedah dengan jangkitan HIV seperti doktor, jururawat, petugas makmal.

“Ubat PrEP ini juga boleh melindungi isteri-isteri kepada lelaki yang terlibat melanggan pelacur yang mana ada di antara golongan ini mereka tidak bersalah tetapi dijangkiti HIV akibat kesilapan pasangan mereka,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook miliknya.

Dr Akmal berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Dato’ Ahmad Yahaya yang meminta KKM jangan beri isyarat songsang berhubung rancangan projek rintis penggunaan PrEP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Jika tiada fokus yang jelas, tindakan KKM boleh membawa kepada implikasi berbeza. Lebih membimbangkan, budaya gay (MSM) lebih mendominasi dalam kalangan jangkitan HIV ketika ini.

“Budaya rosak LGBT adalah kesalahan besar di sisi agama juga bertentangan dalam perundangan dalam negara. Apakah sampai satu masa kelak LGBT juga akan dibenarkan dalam negara?,” kata Ustaz Ahmad Yahaya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Dr Akmal menegaskan perbuatan songsang itu sememangnya tidak dibenarkan, namun itu bukan bermakna kita perlu membenci dan mengabaikan kesihatan mereka dan keluarga.

“Berdakwah ini kan ada pelbagai cara, dan tidak boleh berdakwah dengan cara yang sama sahaja bagi setiap individu,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles