Ubah Logo BERSATU, ARMADA Kecam Fahmi

Susulan penangkapan seorang ahli politik berkaitan dengan isu penyalahgunaan dadah, logo BERSATU diubahsuai oleh aktivis Fahmi Reza sehingga menimbulkan kemarahan ARMADA.

ARMADA mengecam tindakan Fahmi yang memburukkan logo perti dengan menggunakan gambar daun ganja.

“Armada turut ingin nyatakan bahawa kami tidak menyokong mana-mana perbuatan jenayah atau salahguna dadah,” kata kenyataan Facebook sayap BERSATU itu hari ini.

Justeru, pihaknya memohon orang ramai agar tidak mengaitkan sayap parti Bersatu atau menggunakan tanda pagar #ARMADADAH sebagai alat kempen memburukkan parti.

Logo yang diubahsuai Fahmi itu mungkin ada kaitan dengan kes penahanan seorang ahli BERSATU yang dikaitkan dengan pimpinan ARMADA oleh polis.

Bagaimanapun, ARMADA telah menafikan perkara itu.

BBerkaitan

Latest articles