Ubah Cara Lama, Menteri Jangan ‘Kacau’ Tugas Agensi Penguatkuasaan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mahu setiap menteri mengambil sikap tegas untuk tidak mencampuri tugas dan skop kuasa agensi penguatkuasaan di bawah kementerian mereka.

Sebaliknya, menteri-menteri boleh memberi pandangan dan berbincang namun campur tangan dalam tugas penjawat awam mesti dihentikan.

Dalam masa yang sama Anwar turut memuji Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kerana menunjukkan contoh yang baik apabila tidak menggganggu tugas pegawai-pegawai di bawah kementeriannya.

“Kalau nak selamatkan negara ini mesti ada anjakan dari cara lama kita.

“Yang baik kita kekalkan tetapi cara lama kita membiarkan ketirisan, campur tangan dan melanggar peraturan ini mesti diperbetulkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab pada Program Cakna Madani Perdana Menteri Bersama Agensi Penguatkuasaan di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), hari ini.

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

Kira-kira 2,400 pegawai dan anggota agensi penguatkuasaan serta agensi keselamatan dan ketenteraman awam menghadiri program tersebut.

BBerkaitan

Latest articles