Tuntut Penjelasan Berkenaan MoU, Muhyiddin Tak Puas Hati?

SEPANG: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa penjelasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pendirian enggan melanjutkan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Pusat dan Pakatan Harapan (PH).

Dakwanya keputusan itu bercanggah dengan pendirian yang dicapai semasa PN mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri baru-baru ini.

“Dalam pertemuan kami dengan pimpinan PN bersama Perdana Menteri minggu lepas ada bincang sama ada mahu terus atau tidak pada waktu itu.  Perdana Menteri bagi tahu kami  belum ada apa-apa rundingan sama ada lanjut atau tidak lanjut, jadi saya bersetuju pendirian itu.

“Hari ini ada berbeza sedikit, kita nak dapatkan penjelasan adakah nak hentikan atau nak lanjut lagi,” katanya ketika mengadakan sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Semalam, Ismail Sabri berkata,  kerajaan mengikuti keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang untuk tidak melanjutkan MoU bersama PH.

Namun, Ismail  Sabri tidak menolak kemungkinan sebarang perubahan boleh berlaku selepas berakhir bulan Julai nanti.

BBerkaitan

Latest articles