TUNTUT Lapor Kronologi Konspirasi Guan Eng dan Tommy, Gesa SPRM Siasat

Gerakan Tuntut Malaysia (TUNTUT) hari ini mendedahkan kronologi konspirasi antara bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng dan bekas peguam negara, Tommy Thomas berhubung pembekuan akaun bank seorang ahli perniagaan dalam siasatan pengubahan wang atas dana yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sehubungan itu TUNTUT hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini untuk mendesak siasatan dilakukan ke atas kedua-dua individu berkenaan.

SIDANG MEDIA PENDEDAHAN KONSPIRASI SULIT TOMMY THOMAS DAN LIM GUAN ENG BERHUBUNG KES 1MDB MELIBATKAN SPRM Oleh NGO TUNTUT

Gepostet von The Rakyat Insight am Dienstag, 2. Juni 2020

Pengerusinya, Azlan Abu Bakar turut membangkitkan isu salah guna kuasa Guan Eng yang mengarahkan Tommy untuk membatalkan pembekuan akaun bank berkenaan.

“Kronologi konspirasi yang akan kita kongsikan ini berkenaan isu salah guna kuasa. Yang mana konspirasi ini akan terdedah bila siasatan dilakukan oleh SPRM.

“Adalah mengejutkan pada semua pihak yang mana kita dapat lihat peranan Peguam Negara (ketika itu) dibatasi dan dilangkaui oleh seorang menteri kewangan.

“Sedangkan seorang perdana menteri pun tidak boleh melangkaui peranan peguam negara kerana kuasa peguam negara bersifat neutral dan tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui di luar pejabat SPRM Selangor petang tadi.

Desakan supaya siasatan segera dilakukan, tegas TUNTUT adalah perlu supaya pihak-pihak yang dinamakan itu tidak terlepas.

“Kami mohon SPRM mengambil tindakan secepatnya. Siasatan perlu disegerakan oleh kerana kita tidak mahu perkara ini kemungkinan dipadam atau dihilangkan atau ada yang melarikan diri,” katanya.

Terdahulu, Guan Eng didakwa meminta Jabatan Peguam Negara membatalkan arahan pembekuan beberapa akaun bank seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dalam siasatan kes 1MDB.

Guan Eng ketika mengulas dakwaan itu berkata; “Kes di luar bidang kuasa saya dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan. Pihak berkuasa berkaitan yang mempunyai kuasa untuk bertindak,” demikian memetik Malaysiakini.

Dalam pada itu SPRM memaklumkan akaun bank ahli perniagaan berkenaan telah dilepaskan atas arahan peguam negara ketika itu.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini