Tunku Ampuan Najihah Mangkat

KUALA LUMPUR: Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tunku Ampuan Najihah Tunku Besar Burhanuddin mangkat di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur, jam 6.53 pagi, hari ini.

Berita kemangkatan Almarhumah Tunku Ampualn Najihah, 100, yang juga bekas Raja Permaisuri Agong ke-10 dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, jenazah baginda akan disemayamkan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah dan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti selepas waktu Asar, petang ini.

“Oleh itu, ketahuilah bahawa tempoh perkabungan bagi kemangkatan Almarhumah Yang Maha Mulia Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan dalam selama sehari iaitu pada hari ini, Jumaat bersamaan 8 September 2023,” katanya.

Mohd Zafir menambah, berikutan pengumuman tersebut, semua bendera hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh Negeri Sembilan sepanjang tempoh perkabungan yang ditetapkan.

Beliau memberitahu, semua masjid dan surau di Negeri Sembilan digalakkan untuk mengadakan majlis tahlil dan doa untuk Almarhumah dalam tempoh perkabungan.

“Semoga dicucuri rahmat yang berlebih-lebihan ke atas roh Almarhumah Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Najihah,” jelasnya.

BBerkaitan

Latest articles