More

    Tunisha Sharma ‘Upload’ Video, Gambar Sebelum Ditemui Mati Tergantung

    Dunia hiburan Bollywood sekali lagi mengejutkan peminat, bahawa seorang pelakon cantik yang masih muda meninggal dunia di lokasi pengembaraan ditemukan dalam keadaan tergantung pada kipas siling di bilik solek.

    Pelakon yang dikenali Tunisha Sharma, berumur 20 tahun itu disedari oleh krew produksi selepas Tunisha dikatakan tidak munculkan diri selepas ke tandas.

    Mereka kemudian cuba memecahkan pintu bilik solek dan mendapati mangsa berada dalam keadaan tergantung, mangsa dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia.

    Sebelum kejadian berlaku, Tunisha sempat memuat naik satu video di Instagram sedang bersolek dan berbual bersama krew produksi di situ.

    Tunisha sempat berkongsi satu foto dirinya dengan kapysen ‘Sesiapa yang dipacu minat tidak akan berhenti’.

    Difahamkan, kematian mengejut ini pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini