Tunggulah Cerai Dan Edah, Baru Ambil Pasangan Orang

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek secara sinis menyindir Pas Perak yang menawarkan kerusi kepada Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman untuk bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

“Kalau rasa nakkan pasangan orang, tunggu lah dia bercerai dulu.

”Kalau dah bercerai tunggulah habis edah,” katanya merujuk kepada pelawaan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria selepas Tajuddin digugurkan daripada MKT dan membuat beberapa dakwaan terhadap UMNO dan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Namun, kata Razman, tawaran itu tidak bermaksud Pas mahu mencampuri urusan atau kemelut dalaman mana-mana parti lain.

Bagaimanapun, Shabery turut mengingatkan pihak tersebut juga perlu tengok apakah individu yang bakal ‘dikahwini’ itu suka dedahkan rahsia rumah tangga pada khalayak ramai.

Tambah Shabery, pengetahuan agamanya berhubung perkara itu tidak sehebat ustaz-ustaz dan mungkin pandang beliau salah kerana ‘ustaz’ semua betul.

BBerkaitan

Latest articles