“Tunggu, Tunggu”, Kata PM Bila Ditanya Soal PRU15

KUALA LUMPUR: Hanya jawapan ringkas diberikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditanya mengenai tarikh pembubaran Parlimen.

“ Tunggu, tunggu, tunggu,” katanya memetik Malaysia Gazette dipercayai selepas menghadiri sebuah program Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), hari ini.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan Taklimat Khas memaklumkan parti tidak lagi boleh tunggu terlalu lama untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15.

Khabar angin sebelum ini bertebaran kononnya PRU15 akan diadakan dalam masa terdekat selepas Parlimen berkemungkinan akan dibubarkan pada Oktober atau November.

Ia berikutan pembentangan Bajet 2023 diawalkan kepada 7 Oktober depan, berbanding tarikh sebenar iaitu 28 Oktober.

BBerkaitan

Latest articles